Selamat Datang di Blogsite MTs Negeri Berbek - Mewujudkan Insan MUTTAQIN (Mandiri, Unggul, Taqwa, Terampil, Amanah, Qur'ani dan INovatif #mtsnberbek.com

Jumat, 01 Januari 2010

Nabi Muhammad S.A.W.

Muhammad bin Abdullāh
محمد بن عبد الله
Nama "Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam" dalam seni khat.
Kelahiran
Muhammad bin Abdullah
sekitar 570/571 Masihi
Perkuburan
Makam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah
Nama lain
Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim
Terkenal kerana
Pembawa agama Islam

Muhammad bin Abdullāh
محمد بن عبد الله
Nama "Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam" dalam seni khat.
KelahiranMuhammad bin Abdullah
sekitar 570/571 Masihi
PerkuburanMakam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah
Nama lainAl-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim
Terkenal keranaPembawa agama Islam
AgamaIslam
Pasangan
  • Khadijah binti Khuwailid (595-619)
  • Saudah binti Zam'ah (619-632)
  • Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq (619-632)
  • Hafsah binti Umar Al-Khattab (624-632)
  • Zainab binti Khuzaimah (625-627)
  • Zainab binti Jansyin (627-632)
  • Juwairiah binti Al-Harith (628-632)
  • Ramlah binti Abu Sufian (628-632)
  • Hindun binti Abi Umaiyah (629-632)
  • Raihanah binti Zaid (629-631)
  • Safiyah binti Huyay (629-632)
  • Maimunah binti Al-Harith (630-632)
  • Maria al-Qibtiyyah (630-632)
Ibu bapa
Ayah: Abdullah bin Abdul Muttalib
Ibu: Āminah bt Wahab
SaudaraAhlul Bait
Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: محمد بن عبد اللهdisebut [mʊħɑmmæd]  ( dengar)) (570 M-8 Jun 632 M)[1] merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam.[2] Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi: نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[3]Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.[4][5][6][7]
Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab,[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah denganKhadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerimawahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrahke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[10]Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.[11][12]








                                                                              Copyright © 2010 mtsnberbek.com
#mtsnberbek.com Terima Kasih Anda telah berkunjung di Blogsite kami - Jadilah orang pertama di antara teman-teman yang menyukai ini. #MADRASAH LEBIH BAIK LEBIH BAIK MADRASAH
Copyright © 2015 MTs Negeri Berbek Kabupaten Nganjuk . Designed by Zayn Mohammad